Majlis Perpisahan Pendaftar (En. Zulkifli Idris)

Assalamualaikum....

Tuan Pendaftar, En Zulkifli Alias
Tanggal 29hb April 2011 adalah hari terakhir En Zul bertugas sebagai Pendaftar di INSTUN dan pada 03hb Mei 2011 beliau akan mula bertugas ditempat baru iaitu di Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) bertempat di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.. Sempena hari terakhir beliau di INSTUN, pihak Pentadbiran & Kewangan INSTUN telah bersepakat untuk mengadakan sedikit majlis sempena perpisahan ini.
Antara juadah yang disediakan
Ustaz membaca doa memulakan majlis
Ucapan alu-aluan Pengarah
Ucapan terakhir En. Zul
 Antara VIP yang hadir pada majlis ini ialah Pengarah, Pn. Rosnanni (Pen. Pendaftar), Ustaz Ridzwan (Peg. Hal Ehwal Islam), En. Ahmadshah (Peg. Keselamatan) dan Pn. Rohaizan Idris. Pn. Roihazan ini adalah penganti kepada En. Zul untuk jawatan Pendaftar. 
Pendaftar baru, Pn. Rohaizan Idris
Untuk makluman, Pn. Rohaizan dahulu lebih dikenali sebagai Ketua Penolong
Bahagian, Bahagian Penyelidikkan & Pembangunan Instun dan sekarang sudah menjawat jawatan Pendaftar Instun, Bahagian Pentadbiran & Kewangan Instun.Selamat bertugas Pn. Rohaizan selaku pendaftar baru Instun.

.  
Kakitangan Bahagian Pentadbiran & Kewangan juga ramai yang hadir dalam majlis ini. Antara yang hadir adalah seperti gambar di bawah :
Kakitangan lelaki
Kakitangan perempuan
Dalam majlis ini juga, Pengarah, mewakili Kakitangan Pentdabiran & Kewangan juga menyampaikan sedikit cederamata kepada En. Zul. 
Cennderamata dari KAMI
Tuan Pengarah.

 Selesai memberikan cendermata, maka acara yang ditunggu-tunggu pun bermulalah iaitu acara menjamu selera. Selamat menjamu selera hasil hidangan dari Kak Siti N da'geng Caterring.







Selesai makan dan sebelum mengakhiri enty ini, penulis sempat mengcandidkan beberapa keping gambar untuk tatapan yang tak dapat hadir.. 










Sekian, Jumpa lagi...



1 ulasan: