Kera Duku

Kongkang/ Kera Duku 
Nycticebus coucang
Slow Loris
Famili : Muridae

Ciri-ciri :
Ia mempunyai telinga yang kecil, badan serta ekornya pendek.  Badannya berwarna kelabu
keperangan dan kadangkala bahagian atasnya berwarna keunguan.  Bahagian bawahnya
berwarna kelabu keputihan. Ia juga mempunyai bulu yang halus, pendek serta lebat.

Taburan :
Boleh dijumpai di Indochina, Thailand, Indonesia, Borneo, Filipina (Mindanao) dan Semenanjung
Malaysia. Di Semenanjung Malaysia, ia pernah direkodkan  di Pulau Pinang, Pulau Pangkor dan
Pulau Tioman.  
 
Habitat :
Mendiami kawasan hutan dan ladang tanaman.

Tabiat :
Aktif pada waktu malam dan tinggal di atas pokok.  Ia memakan ulat, buah-buahan, burungburung kecil, serangga dan pucuk-pucuk muda.  Semasa tidur ia menggulung badannya dan
meletakkan kepala serta tangannya di antara kedua belah peha.  Ia juga merupakan
spesies yang mempunyai pergerakan yang sangat perlahan.

    Info diatas aku perolehi dari sumber di internet (laman web Perhililitan). Tujuan aku cari info tersebut adalah untuk mengetahui dgn lebih lanjut tentang spesis ini adalah kerna aku ada terjumpa seekor anaknya. Mmg cute haiwan nih. tp aku takut bila tengok kuku nya panjang. sekali cakar pasti tinggalkan kesan. Gambar dibawah adalah si Bulat kera duku yg ku jumpa tuh...










Tiada ulasan:

Catat Ulasan