Jalan yang tenang jangan sangka tiada bahaya!


******************************************
♫ Assalamualaikum ♫

Kereta mangsa yang terbalik.
Tiada angin tiada hujan, tiba2 pengguna Lebuhraya Behrang Ulu -Instun dikejutkan dengan satu penemuan kereta Persona yang dipandu seorang cikgu perempuan dikhabarkan dari satu sekolah di Besout telah terbalik di selekoh maut di lebuhraya tersebut.

Kejadian yang agak dashyat itu berlaku kira-kira jam 03.00 petang pada 19 july 2012 bersamaan hari khamis. Mangsa yang dalam perjalanan ke Instun untuk menghadiri satu program PPD yang bertempat di Auditorium Instun. Difahamkan mangsa sendiri tidak pasti bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku. Daripada kesan kemalangan tersebut, dipercayai mangsa memandu agak laju dan hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik. Alhamdulillah tiada kecederaan berlaku.

Pengguna lebuhraya yang berhenti melihat kejadian
Hampir 4 tahun penulis menjadi pengguna lebuhraya ini, dah banyak kali penulis mendengar berita tentang kemalangan di selekoh ini. Jadi, di kesempatan ini penulis ingin mengingatkan semua pengguna lebuhraya dan jalan-jalan lain agar berhati-hati dijalan raya. Jalan yang tenang jangan sangka tiada bahaya!



P/S :  gmbr2 kejadian di ambil dari En Sabli, Bos besar bahagian tanah, Instun. Penulis tidak membawa kamera pada hari kejadian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan