HDR (Hati Dah Rindu)

Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Dalam bidang fotografi, grafik berkomputer dan pemprosesan imej, terdapat satu teknik yang membenarkan penghasilan imej secara dinamik yang dinamakan 'High Dynamic Range Image' atau singkatannya disebut 'HDR'. Teknik ini menggabungkan sekurang-kurangnya tiga imej yang setiap satunya mempunyai kadar dedahan cahaya (exposure) yang berbeza antara terang dan gelap.
Masjid Putra, Putrajaya


HDR pertama kali diperkenalkan antara tahun 1930 hingga 1940 oleh Charles Wykoff. Beliau telah menghasilkan foto terperinci letupan nuklear yang telah berlaku pada awal tahun 1940an dan karyanya telah dijadikan muka depan majalah LIFE.
Banguna Berkembar Petronas KLCC

Proses penghasilan HDR ketika awal pengenalannya memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan kerana prosesnya agak rumit, lebih-lebih lagi teknologi di waktu itu masih terlalu jauh berbanding ketika ini. Berbeza di zaman ini, proses penghasilannya telah dipermudahkan beratus kali ganda. Penciptaan pelbagai perisian untuk menghasilkan HDR telah memendekkan penghasilannya sehingga tahap kurang dari lima belas (15) minit bergantung kepada kelajuan komputer anda.
Jeti Sungai Perak

Kemunculan semula HDR dalam era digital kini sebenarnya telah menyelamatkan banyak imej yang selama ini dikategorikan sebagai rosak atau 'reject' kerana sebab-sebab yang berbagai. Imej pemandangan yang diambil antara jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang misalnya, adalah dianggap tidak sesuai dipamerkan.

Sumber rujukan : fotografik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan