Mengail di Tasik Embayu Proton City...

**********************************************
Joran yang menunggu 'mangsanya'....

Buat julung2 kalinya, Tasik Embayu Proton City telah dibuka untuk kaki pancing mengadu nasib di dalam pertandingan memancing anjuran bersama Majlis Daerah Tg. Malim (MDTM), Proton City dan Bandar Sri Behrang - Rekreasi, Ekonomi dan Aktiviti Harian (BSB-REDAH).

Dalam pertandingan ini, jumlah sasaran pemancing yg di sasarkan oleh penganjur ialah 1,500 peserta tetapi penulis dimaklukan hanya sekitar 500 orang je yg menyertai untuk pertandingan pertama kali ini.

Pertandingan yg dilangsungkan pada hari cuti umum iaitu 25 disember 2011 sempena cuti Krismas ini telah memeriahkan suasana pagi hingga tengahari di tasik Embayu yg senantiasa menerima kunjungan orang ramai untuk bersantai antaupun beriadah..

Hadiah yag ditawarkan seperti berikut :

1) Pertama                                - RM3000.00

2)  Kedua                                   - RM2000.00

3)  Ketiga                                   - RM1000.00
4)  Keempat - Keenam                - RM100.00
5)  Ketujuh - Ke Lima Belas         - Hamper
6)  Beberapa Hadiah Misteri         - Hamper


Sedikit gambar yang sempat dirakam pada hari bersejarah itu kerana penulis terlewat bangun.. (almaklum la hari cuti.. hehehe) jom kita layan gambar yg x seberapa ini.....


Masing2 dilokasi yg strategik untuk memancing

Sejarah... Tasik Embayu dipenuhi kaki pancing.

Tiang gol bola air terpaksa dinaikkan ke darat.

'Otai' yg tenang melayan perasaan..

Tekun menanti umpan disambar...

Setiap tebing tasik d penuhi peserta...

Satu penyiksaan menunggu umpan mengena, dari pukul 8.30pg
hingga 11.15pg belum terusik lg umpan di mata kail...


Semua tekun dengan joran masing2...

"Bila la ikan nak makan nih.. macam2 umpan dah aku bagi..
Cacing, dedak, roti semua ada tapi satu pom x menjadi..."
 rintih pakcik ini...

Macam berkelah.. Tikar yg dibawa dibentang untuk memudahkn
kerja mengikat mata pancing.

Si kecil pom mencuba nasib...

Pondok menjadi sasaran peserta untuk berteduh..

Orang lama ditemani anak gadisnya...

Si kecil sabar menanti.....

Tangkapan pertama...

Lampan yg di pancing tak sangka keli yg menjadi mangsa....

Tak sanggup berpanas menyebabkan peserta laki bini bersama
 anaknya berkongsi satu payung..

Rela menjadikan tubuh tempat letak joran s
emata2 hadiah RM3000.00..

Empat joran satu tuan....

Antara mangsa yg berjaya ditewaskan..

Ceria walaupun tewas...

Puas dapat menyaksikan gelagat pemancing
walaupun terpaksa berpanas.

Tidak kira tua muda semua penduduk sekitar Proton City
dtg menyaksikan pertandingan ini.

Khemah urusetia..

En. Syed, Pengurus BSB-REDAH

Pn. Azura, pegawai MDTM

Pn. Azura
menyampaikan ucapannya..

Antara pemancing yg berjaya mendapat
ikan seterusnya mendapat habuan dari penganjur...

Sesudah acara memancing, pihak urusetia segera
 mengutip sampah sarap yg ditinggalkan peserta bg
mengekalkan keindahan Tasik Embayu..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan