******************************
Badri Razhi a.k.a Piya |
Piala yg menjadi rebutan |
" Kami mahu pertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih buat kali kedua berturut-turut musim ini."
Demikian tegas ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzhi menjelang pertemuan Piala Sumbangsih dengan Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil esok (07/01/2012).
Mohd. Badri atau lebih dikenali dengna panggilan Piya berkata, dia dan rakan2 sepasukan sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan tersebut.
"Perlawanan ini cukup penting dan misi kami adalah untuk mempertahankan Piala yg dimenangi tahun lepas dengan mengalahkan Selangor. Saya dan rakan2 tidak akan mengambil mudah perlawanan ini, sebaliknya kami akan berjuang habis-habisan mempertahankan kejuaraan tersebut." katanya Piya.
Anak kelahiran kampung Atas Paloh, Kota Bhatu ini memberitahu, meskipun musim ini Negeri Sembila kehilangan ramai tonggak namun keupayaan mereka tidak boleh dipandang sebelah mata.
"Mereka mempunyai ramai pemain muda yang berpengalaman dan sudah masak dengan kancah Liga tempatan. Jadi ia bukanlah suatu tugas yang mudah buat Kelantan untuk menumpaskan mereka," ujarnya lagi.
Pada aksi Piala Sumbangsih 2011, Piya muncul wira pasukan apabila tendangan percumanya yang cantik dari sudut kanan gawang Selangor menggegarkan jaring gol lawan untuk membolehkan Kelantan menjulang Trofi Piala Sumbangsih buat kali pertama dengan mengecewakan Selangor 2 berbalas 0.
**********************
AKSI MUSIM LEPAS
Sinar Harian |
Kosmo! |
Petikan Kosmo! 6/1/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan