Prenly Pra Musim 2013 | Pos Fc (0) - (5) ATM FA

Assalamualaikum...

Tanggal 26-12-2012, Pos fc telah berjaya menewaskan pasukan
 liga super Perak 2-1 (KLIK SINI), tapi malam ni Pos fc terkulai layu di belasah naib juara Piala Malaysia 2012 iaitu ATM FA dgn jaringan 5 berbalas 0 dalam satu lagi aksi persahabatan yg berlangsung di Stadium Proton, Tanjung Malim.

Kesebelasan Pos fc
ATM yang turun tanpa kelibat awang importnya, Marlon yg cedera serta
Marteloto yg masih lg berada di kampungnya (beraya) bermula garang sebaik wisel dibunyikan pengadil bertugas,

Marlon hanya melakukan senaman ringan
Diketuai oleh kapten berpengaruh mereka, Hai-O, ATM menguasai kawasan tengah padang. 
Hai-O yg dibantu oleh Rezal Zambery Yahya dan pemain baru mereka yang berpengalaman
iaitu Shukor Adan kelihatan begitu senang membelah kubu pertahanan Pos.

Rezal Zambry Yahya
Hai-O
Shukor Adan

 ATM mendahului 4-0 di separuh masa pertama hasil jaringan :

Shukor Adan - 2gol
Venice Elphi - 1gol
(bdk presedin) - 1gol

Gol Pertama Shukor Adan
Gol kedua Venice Elphi
Gol Ketiga budak presiden tuh
Gol keempat hasil tandukan Shukor Adan
Bersambung babak kedua, lampu limpah sebelah kanan astak tiba2 terpadam dengan sendirinya
dan pengadil memberhentikan permainan sekitar 5min.

Lampu padam


 Dihujung perlawanan, Venice Elphi berjaya menambah lagi gol
untuk melengkapkan pesta mereka di Tg. Malim.

Tamat perlawanan, Pos fc 0 ATM FA 5.

lagi aksi menarik sekitar perlawanan :





















 Sekian untuk kali ini.... semuga berjumpa lagi.. :-)


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan