Bantuan di musim banjir..

******************************
Assalamualaikum.....


Musim tengkujuh kembali lagi di negeri tercinta ambo...
Di musim bah ni la ore-ore tua kampung duk merungut xleh nak wat kijo
terutama bagi mereka yang sumber pendapatannya menoreh getah.
Ya la, nak noreh gano kalu hujan gak.. wat letih jah la noreh sebab getah x beku...

Tetapi.....
 Alhamdulillah syukur ada insan yg berhati mulia meringgankan beban
yg ditanggung penduduk. Terima kasih yg teramat ambo ucapkan kepada Ketua Pas cawangan Peria,
En. Abdullah Mat atau lebih dikenali oleh penduduk Kuala Krai dgn gelaran
Suhaimi Kowok kerana sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yg terlibat.


Berita detail sila baca dibawah :

Hilang pendapatan kerana hujan
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Disember 2012

KUALA KRAI - Kira-kira 200 penduduk Kampung Peria, dekat sini, terputus punca pendapatan apabila tidak dapat menoreh getah berikutan musim hujan berlarutan sejak hampir sebulan lalu.

Keadaan itu amat menyukarkan terutama bagi penduduk yang bergantung kepada menoreh sebagai sumber rezeki utama untuk sara hidup diri dan keluarga.

Seorang penduduk, Ismail Jaafar berkata, sejak tidak dapat keluar menoreh hampir sebulan lalu kerana hujan, dia dan isteri bergantung kepada pemberian anak untuk belanja seharian.

“Sudah sebulan saya tak dapat menoreh. Untuk belanja makan minum, terpaksa harapkan anak yang kerja lebih kurang beri sedikit sebanyak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kesusahan dihadapi Ismail dan penduduk senasib dengannya bagaimana pun sedikit terbela apabila mendapat perhatian Ketua Pas cawangan Peria, Abdullah Mat atau lebih dikenali dengan nama Suhaimi.

Ismail berkata, sumbangan barang makanan asas itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya sementara menanti cuaca kembali baik dan dia dapat menoreh semula.

“Beras ini pun sudah cukup nak tampung keperluan saya dan isteri untuk dua minggu,” katanya yang berterima kasih kepada Abdullah atas sumbangan itu.

Abdullah pula berkata, sumbangan itu diberikan setiap musim tengkujuh bagi meringankan beban penduduk yang terjejas pendapatan kerana tidak dapat menoreh.

“Walaupun tidak seberapa, sumbangan ini sedikit-sebanyak diharap dapat menampung keperluan makanan asas penduduk terbabit sementara mereka dapat menoreh semula,” katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan