************************************
ASSALAMUALAIKUM
Sup Perut...... sape yg pernah makan? best ke x? hehehe
Sup perut yg paling best aku makan adalah sup perut yg bapa aku masak..
Perghhh... kalu bapa aku masak mmg aku adik beradik makan x ingat dunia,
habis licin kuah nya di hirup... tmbah lak bubuh cili dan limau yg mak
aku potong lg la berselera... hehehe
Sup perut yg aku masak... |
Kali ni aku nk kongsi cara2 nak masak Sup Perut cara aku sendiri..
Maafla, aku x reti masak tp berkat tolong mak aku
masak maka buleh la aku jarang2 turun kedapur ganti bini aku masak.
hehehe
Firstly.... Perut yg aku beli kat pasaraya TF mart ni aku rebus
dulu sampai empuk..
Nak tunggu empuk, kena la rebus dalam 20-30minit.
Perut yg di rebus |
Sementara mnungu perut tu empuk, aku tanpa membuang
masa menyiapkan bahan2 lain...
antara nya ialah......
Bahan2 ni mengikut sukahati aku jer,,, :-) |
Setelah bahan2 tersebut dah berjaya disediakan,
dengan cekapnya aku pun potong mengikut
suka hati aku jer.....
ekekekekeke
Lawa x aku potong :-) |
Setelah siap bahan itu siap dipotong, maka perut yg direbus itu
telah pun empuk. Lalu aku pun buang separuh air rebusan itu
dan separuh lg aku transfer ke periuk lain...
Sementara perut masih lg panas, aku pun potong perut itu
kecil2 seperti memotong daging maka
terhasil la seperti gambar dibawah... :-)
Perut ketika di potong |
Bila siap potong semuanya, aku satukan dalam
pinggan agar senang utk aku masak nanti..
Dah siap potong |
Pabila perut dah siap di potong, ku kembali
panaskan periuk yg setia d atas dapur utk d panaskan.
Dalam periuk itu, ada separuh air rebusan tadi dan aku tmbh sedikit
air masak utk memperbanyakkan lg kuah nya..
Hati2 jgn sampai limpah lak periuk tu semasa menambah
air masak.
Pabila sup perut dah agak2 nk mendidih aku pun masukkan
perut yg siap di potong berserta bahan A td.
Campurkan semua bahan tersbut... |
Apabila semua dah bersatu dalam satu periuk, aku biarkan
dalam 7-8minit dan aku pun masukkan secubit garam
dan sedikit gula utk memberikan masakkan
aku ini sempurna...
Dan bila semuanya dah selesai, jd aku pun handover la dapur
ni kepada isteri daku utk membuat tindakan selanjutnya.
Memang tugas bini aku membersihkan segala benda
yg aku guna utk memasak. hehehe
Sementara bini aku mengemas dan memasak nasi,
aku pun lepak dpn tibi melayan hero2 aku
yg asyik menonton cerita Ultraman nya..
Sekian dari aku yg x reti masak..
:-)
sebarang komen di alu alukan...
terima kasih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan