Tekad Mat Gaddar...

***************************
Mohammad Ghaddar
Penyerang import Kelantan, Mohammad Ghaddar bertekad membantu THE RED WARRIORS mengekalkan Piala Sumbangsih yang dimenangi musim lalu ketika mereka dijangka turun menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
klik gmbr untuk size besar..


      Peledak berasal dari Lebanon yang dilihat masih bergelut untuk mencari rentak itu percaya dengan bantuan rakan-rakan yang lain, beliau mampu menjadi  salah seorang bintang import yang terbaik pernah dimiliki Kelantan.

Aksi dengan kelab lama.
      Menurutnya, aksi Piala Sumbangsih merupakan pentas terbaik untuk beliau membuktikan keupayaan sebenar selepas gagal membantu Kelantan menjulang Piala Unity ketika menentang Persebaya tempoh hari.

      "Ia merupakan detik yang sukar apabila melihat pasukan anda gagal menjulang piala tempoh hari. Saya tahu penyokong meletakkan harapn yang besar dan kali ini saya dan pemain lain bersedia untuk memberikan yang terbaik. Dengan pasukan baru, suasana baru, anda memerlukan sedikit masa untuk meenyesuaikan diri. Setiap kali turun menjalani latihan ataupun perlawanan, tidak ada perkara lain yang berada di fikiran selain untuk memberikan yang terbaik kepada pasukan," katanya.

Aksi ketika lawan Persebaya
      Bekas penjaring terbanyak Piala AFC 2007 itu berkata , beliau begitu selesa berada di Kota Bharu dan menganggap suasananya tidak jauh berbeza berbanding di Syria ketika mewakili kelab Al-Saad musim lalu.

Pemenang Kasut Emas..
     Katanya, corak latihan yang diterapkan oleh ketua jurulatih. Peter James Butler sangat baik namun beliau kini sedang berusaha mencari keserasian bersama rakan sepasukan terutama pengempur sensasi TRW, Norsharul Idlan Talaha.

Peter James Butler

Norsharul Idlan Talaha
    "saya tidak mengetahui kekuatan N9, tetapi saya tahu Kelantan adalah sebuah pasukan yang kuat dan kami memiliki pemain-pemain yang hebat ketika di padang. Perlawanan Sabtu ini merupakan pentas terbaik untuk saya buktikan kemampuan. Sasaran saya untuk memecahkan rekod jaringan penyerang import kelantan 2008, Mohammadou Mustapha dengan 28 gol," ujarnya.

Mohammadou Mustapha
Jelasnya lagi, beliau menyedari bahawa ramai peminat yang melemparkan kritikan selepas aksi yang kurang memberangsangkan yang dipamerkan ketika aksi persahabatan menentang Persebaya tempoh hari. "Kritikan adalah suatu yang sangat kami perlukan," katanya mengakhiri entry ini...


KREDIT :
Kosmo!





4 ulasan:

  1. blog demo ko ni bulove? Bgus2..

    BalasPadam
  2. hom... blog kawe... baru nk belajar berblog...hehehe

    BalasPadam
  3. bereh bulove.. Teruskan usaha.. Sor jah nk pesan jgn tutup komen annonymouse tu.. Nti kawe xleh komen.. Payoh nk reg pakai hp ni.. Ekeke

    BalasPadam
  4. bereh boh... tp dop sedak ar main komen kawe dop kenal.. acu buh nama la.. hehehhe

    BalasPadam