Kemenangan Pertama

************************************
Pasukan Bolasepak Politeknik Slim River (PoliStaff FC) mangsa pertama INSTUN FC pada tahun 2012 

   Bermain di padang keramat, Mini Stadium INSTUN ternyata memberi kelebihan kepada INSTUN FC apabila berjaya menewaskan PoliStaff FC dengan jariang 2 berbalas 0. Perlawanan kompetitif yang pertama untuk INSTUN pada tahun 2012 setelah aksi terakhir dipamerkan bekas gergasi Behrang Ulu ini di Sukan Dwi-tahunan NRE penghujung tahun lepas.

   Beraksi tanpa jurulatih, Skuad INSTUN masih mampu mempamerkan satu permainan yang mantap untuk menghiburkan puluhan penyokong yang hadir.

   Dengan keadaan petang yang redup, skuad Poli melakukan sepak mula dan mengatur serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol INSTUN, Harizi dengan satu tendangan lambung tetapi sedikit melewati palang. Di awal permainan, benteng pertahanan INSTUN banyak diasak oleh penyerang poli sekaligus memaksa Rambo, Aiman, Bard dan Joi bekerja keras. Akibat terlalu banyak diserang, Hafiz jarang sekali mendapat bola dan memaksa Aswad untuk turun membantu benteng pertahanan.

    Jentera tengah INSTUN yang dijana oleh Rani dan Jai dilihat terkapai-kapai untuk mengimbangi perlawanan yang jelas dikuasai oleh Poli.10minit terakhir separuh masa pertama barulah INSTUN mendapat rentak sekaligus mengawal permainan.Serangan yang digerakkan dari kiri kanan padang oleh Mizi dan Azani berjaya menembusi benteng pertahanan lawan tetapi kegopohan Hafiz mensia-siakan tiga peluang keemasan yang terhidang apabila gagal menewaskan penjaga gol Poli. Mizi yang menerima umpanan cantik Joi terus membuka perlawanan dan membuat satu hantaran lintang yang berjaya ditampan Azani tetapi kuisan ke belakang oleh Azani gagal dibaca oleh Aswad untuk menolak masuk bola kedalam gawang yang terbuka luas dimana penjaga gol Poli sudah pun tertewas.

Tamat separuh masa pertama, INSTUN FC (0) - (0) PoliStaff FC

    Menyedari barisan tengah kurang menyengat, Kapten INSTUN, Hairol melakukan 5 pertukaran serentak dengan memasukkan barisan bintang INSTUN iaitu Awe, Lah, Faizil, Hairol dan import berpegalaman dari Batu 7, Apark.

     Kemasukkan 5 bintang tersebut ternyata mengubah tempo perlawanan apabila INSTUN kerap melakukan serang-serangan yang berbahaya ke kawasan Poli. Lah yang bergandingan dengan Hafiz di bahagian serangan dilihat berbahaya apabila kerap kali penjaga gol Poli di uji dan hasilnya gol pertama INSTUN muncul apabila Hafiz bijak memanfaatkan hantaran terus daripada Lah dengan memperdayakan dua pemain Poli dan melepaskan satu tendangang kencang ke penjuru kanan gawang Poli.

      Terkejut dengan gol itu, Jurulatih Poli membuat 2 pertukaran serentak.Kemasukkan dua tenaga baru ini ternyata berkesan apabila kerap kali memerangkap pertahanan INSTUN dengan larian-larian yang laju. Menyedari pemainnya yang sudah keletihan, kapten INSTUN melakukan perubahan strategi.Daripada formasi 4-4-2 kepada 4-5-1 dimana Lah turun kebawah untuk membantu benteng pertahanan.

       Pertukaran formasi didalam perlawanan dilihat berjaya apabila penyerang Poli langsung tidak dapat masuk kedalam kotak penalti INSTUN dan kawasan tengah banyak dikuasai oleh INSTUN.

        Akibat asyik menyerang, Poli sekali lagi dihukum apabila serang balas INSTUN berjaya menghasilkan satu lagi gol. Gol ini bermula apabila penyerang Poli ghirah menyerang tetapi bola dapat dirampas oleh Bard dan terus melorongkan kepada Apart. Apart yang dikawal 3 pemain lawan di tengah kanan padang berjaya melepasi kawalan itu dan terus membuat hantaran jauh mencari Awe yg keseorang berada di penjuru kiri padang. Dengan satu sentuhan saja, Awe membuat lambungan yang melepasi jangkauan penjaga gol untuk gol kedua perlawanan sekaligus bergema Mini Stadium Instun.

Tamat perlawanan, INSTUN FC (2) - (0) PoliStaff fc

INSTUN FC :

Penjaga Gol : Harizi

Pertahanan : Bard (Aiman), Rambo, Joi (Hairol), Faizil

Tengah : Azani (Wan), Rani (Apart), Jai, Mizi (Awe)

Penyerang : Hafiz, Aswad (Lah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan