Nilai but bola bagi PIYA @ Mr. 16

***************************************
But bola termahal Piya
           
              Bagi seseorang pemain bola sepak, anggota mereka yang paling bernilai ialah kaki. Kerana itu, ia perlu dilindungi sebaik mungkin dengan kasut atau but yang bersesuaian. Bukan sahaja keselesaan, malah but itu semestinya yang benar-benar menepati rasa hati kerana ia juga adalh pencentus semangat atau sumber inspirasi seseorang pemain di atas padang. Tanpa but yang sesuai, seseorang pemain mungkin tidak dapat beraksi seperti diharapkan.
               Bagi Ketua Pasukan The Red Warriors, Mohd. Badhri Radzi ataupun lebih dikenali Piya, dia mempunyai kegilaan yang tersendiri terhadap but. Koleksi butnya kini sudah mencecah lebih 18 pasang. Memakai but bersaiz tujuh, pemain yang berusia 30 tahun ini berkata, koleksi peribadinya sentiasa dijaga dan disimpan rapi di dalam almari. Daripada 18 pasang but itu, dua daripadanya berjenama Puma, Nike (empat) dan 12 lagi jenama Adidas.

Piya menunjukkan antara koleksi peribadinya
          Menceritakan mengenai but pertama yang dimilikinya, Piya menjelaskan jenama Pro Spec merupakan but yang pertama dipakai ketika dia mula -mula mewakili Kelantan ke Kejohanan Bola Sepak Piala Milo pada 2001.
               "Selepas dua tahun, saya menukar kepada jenama Nike yang cukup populor ketika itu. Malah but jenama tersebut paling lama saya gunakan bermula 2003 hingga 2008. Kemudian saya bertukar kepada jenama Puma namun hanya sempat bertahan selama setahun sahaja.
               "Kalau diikutkan memang saya lebih menyukai Puma kerana selesa digunakan namun kerana model yang saya pakai tidak lagi dikeluarkan memaksa say beralih kepada jenama Adidas sejak tahun lalu. Sejak itu saya terus jatuh cinta dengan jenama tersebut," katanya.

Adidas F50
              Menurut Piya lagi, but paling murah yang pernah digunakan berharga RM400 berjenama Puma sementara but termahal pula bernilai RM1,500 berjenama Adidas. "Paling mahal pernah saya gunakan ialah model Adidas F50 yang turut dijahit nama timangan say sendiri. Terbatu pula, saya menggunakan jenama Adidas model Adizero yang baru sahaja berada di pasaran. But ini berharga RM780 sepasang dan satu lagi model berharga RM1,300 yang mana dilengkapi dengan cip pintar yang dapat mengukur kepantasan dan jarak larian dilakukan pemain sewaktu beraksi. Memang sebelum ini saya mempunyai berpuluh-puluh pasang but namun ada yang sudah di jual secondhand ataudiberi percuma kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Seumpama kita jaga diri kita, begitu jugalah saya menjaga but bola saya. Sebaik sahaja menggunakannya, tidak kira selepas sesi latihan ataupun perlawanan, saya akan pastikan but saya dibersihkan sepenuhnya." katanya mengakhiri temuramah.

Keratan sinarharian 28/1/2012
Kredit untuk
mazram idzam ridzal mahmud
wartawan sinar harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan